Sunday, April 27, 2014

PEKA SAINS MODULE TAHUN 6

UPSR

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)





TOPIK 11 ANALISIS SKOR UJIAN

TOPIK 11 ANALISIS SKOR UJIAN

Analisis Skor Ujian : 
(i) Analisis Item
(ii) Indeks Kesukaran
(iii) Jawapan Salah/Distraktor


http://media.eng.ukm.my/jurutera/gred/indeks.pdf

TOPIK 10 PENTADBIRAN UJIAN


TOPIK 10 PENTADBIRAN UJIAN










TOPIK 9 PENSKORAN PENTAKSIRAN

TOPIK 9 PENSKORAN PENTAKSIRAN


PENSKORAN RUBRIK
Petikan dari http://web.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/buku_pbs/buku%20dalam.pdf

Kegunaan :
1) Digunakan untuk menilai penguasaan subjek atau aktiviti yang dilakukan oleh murid
2) Digunakan sebagai panduan untuk menilai sampel yang dibuat oleh pelajar
3) Digunakan untuk menilai aktiviti kumpulan, projek dan juga pembentangan lisan oleh pelajar
4) Kegunaannya bergantung kepada tujuan penilaian bukannya bergantung kepada aras gred/subjek

Kelebihan:
1) Menyokong peperiksaan di mana spesifik kriteria telah dicapai
2) Menyediakan maklumbalas kepada pelajar bagaimana mereka boleh meningkatkan pencapaian mereka

Pengkoran Holistik
Skema permarkahan yang disediakan secara umum sebagai panduan.
Skema ini sesuai bagi permarkahan soalan berbentuk karangan atau esei.
Permarkahan diberi berdasarkan impression.
Pemeriksaan holistik memerlukan pemeriksa atau guru yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan.


Penskoran Analitik
Pemarkahan secara analitik lebih terperinci daripada holistik.
Ia mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus.
Pemarkahan secara analitik lebih objektif berbanding dengan holistik.
Ia mengambil masa yang lama.


TOPIK 8 PEMBINAAN UJIAN SUBJEKTIF

TOPIK 8 PEMBINAAN UJIAN SUBJEKTIF









Kelebihan dan kelemahan Ujian Subjektif
Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:
a) Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit.
b) Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan.
c) Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya. Mereka boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar, mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
d) Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar.
e) Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
f) Berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses mental yang tinggi.
g) Ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslian
h) Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya.
Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan:
a) Nilai potensi diagnostik yang rendah
b) Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu.
c) Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih.
d) Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.
e) Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.
f) Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.

g) Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.

TOPIK 7 PEMBINAAN UJIAN OBJEKTIF

TOPIK 7: PEMBINAAN UJIAN OBJEKTIF

DEFINISI SOALAN OBJEKTIF

Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.
“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa”
(Gronland,1977).
DEFINISI ITEM OBJEKTIF

Item objektif merupakan pelajar membuat pilihan jawapan yang betul daripada beraneka pilihan atau memberikan jawapan dalam bentuk perkataan, jawapan pendek dan melengkapkan ayat.


Item Lengkapkan - Item ini adalah dalam bentuk satu ayat dengan perkataan atau rangkai kata tertentu diganti dengan tempat kosong untuk diisi oleh pelajar. Ayat boleh mengandungi satu atau lebih tempat kosong.

Item Betul-Salah - Satu pernyataan diberi dan calon dikehendaki membuat pilihan, iaitu sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernyataan itu. Item ini merupakan sejenis soalan yang paling mudah dibina. 

Item Padanan - Item ini memerlukan seseorang calon memilih perkara di ruang kanan dengan perkara di sebelah.

Item Pengkelasan - Item ini hampir sama dengan item padanan. Beberapa pernyataan atau tajuk diberi dan kemudian diberikan beberapa soalan berasaskan pernyataan atau tajuk tersebut. Pelajar dikehendaki memilih perkataan/rangkaian kata/ pernyataan yang paling berkaitan dengannya. Huruf ditulis atau ditandakan di sebelahnya.

Item Objektif Jenis Aneka Pilihan Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
1. Berbentuk soalan
2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
3. Jenis jawapan terbaik
4. Analogi
5. Antonim
6. Jenis negatif
7. Mengisi tempat kosong
8. Item jenis campuran
9. Teknik kloz
Terbahagi kepada tiga jenis pilihan:
1. Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan.
2. Stam merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.
3. Jawapan pilihan merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.
Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:
1. Arahan mesti jelas dan mudah difahami.
2. Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.
3. Jawapan yang disediakan haruslah logik.
4. Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
5. Aras kesukaran haruslah setara.
6. Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
7. Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.

Kelebihan dan kelemahan  Item Ujian Objektif

Kelebihan
  1. Mudah disemak
  2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
  3. Menguji banyak topik
  4. Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
  5. Mengukur proses mental yang tinggi
Kelemahan
  1. Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
  2. Potensi untuk meneka jawapan tinggi
  3. Sukar untuk dibina
  4. Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
  5. Calon bijak tidak perlu belajar banyak
  6. Tidak dapat mengukur keaslian

BAB 6 REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN
















Monday, March 10, 2014

TAKSONOMI SOLO & TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi SOLO singkatan dari:
Structure of (Struktur)
Observed (Pengamatan)
Learning (Belajar)
Outcomes (Hasil)
Ini dikembangkan oleh Biggs dan Collis (1982), dan juga dijelaskan dalam Biggs dan Tang (2007)
Ini menggambarkan tingkat kompleksitas peningkatan pemahaman siswa subjeknya, melalui lima tahap, dan diklaim berlaku untuk semua mata pelajaran. Tidak semua siswa melewati semua lima tahap, tentu saja, dan memang tidak semua pengajaran (dan bahkan kurang “pelatihan” dirancang untuk membawa mereka semua jalan).
Ada hubungan yang cukup jelas tidak hanya dengan Säljö pada konsepsi pembelajaran, tetapi juga, di penekanan pada membuat koneksi dan memasyarakatkan, dengan tingkat Bateson belajar, dan bahkan dengan taksonomi Bloom dalam domain kognitif. Seperti representasi piramidal saya Bloom, asumsi adalah bahwa setiap tingkat mencakup tingkat sebelumnya, tetapi menambahkan sesuatu yang lebih:
  1. Prastruktural: di sini siswa hanya memperoleh bit informasi tidak berhubungan, yang memiliki organisasi dan tidak masuk akal.
  2. Unistructural: koneksi sederhana dan jelas yang dibuat, tapi signifikansi mereka tidak digenggam.
  3. Multistructural: sejumlah koneksi dapat dibuat, tapi meta-hubungan antara mereka yang tidak terjawab, seperti signifikansi mereka untuk keseluruhan.
  4. Level Relasional: siswa sekarang mampu menghargai arti dari bagian-bagian dalam hubungannya dengan keseluruhan.
  5. Pada tingkat Extendede Abstract, si murid melakukan koneksi tidak hanya dalam wilayah subjek tertentu, tetapi juga di luar itu, mampu melakukan generalisasi dan mentransfer prinsip-prinsip dan ide-ide yang mendasari contoh spesifik.

REFERENCES
Atherton J S (2013) Learning and Teaching; SOLO taxonomy [On-line: UK] retrieved 5 February 2014 from http://www.learningandteaching.info/learning/solo.htm


EXtra input:
http://bdksurabaya.kemenag.go.id/file/dokumen/SOLO.pdf
http://cikguit.blogspot.com/2009/05/taksonomi-dan-domain.html



TAKSONOMI BLOOM






Sunday, March 9, 2014

TOPIK 5 REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN

TOPIK 5 REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN
- OBJEKTIF UJIAN
- TEMPOH MASA DAN JENIS UJIAN
- JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
- TAKSONOMI SOLO      (new post)
- TAKSONOMI BLOOM  (new post)



Objektif Ujian

Langkah pertama dalam pembinaan ujian : menentukan tujuan/ objektif ujian tersebut (penting- menentukan bagaimana jadual spesifikasi ujian akan disediakan)


Dalam konteks bilik darjah - tujuan ujian dikelaskan kepada empat 

1) Ujian Penempatan - memperoleh maklumat yang dpt digunakan untuk menempatkan murid dlm kumpulan (Ujian Rujukan Norma
2) Ujian Diagnostik- menentukan punca masalah supaya langkah pemulihan dpt diambil dgn segera dan betulUjian Rujukan Kriteria
3) Ujian Formatif- menentukan kemajuan murid serta tahap penguasaan mereka dalam perjalanan Ujian Rujukan Kriteria
4) Ujian Sumatif- mengukur pencapaian pada akhir tahun dan pada akhir sesuatu kursus untuk tujuan penggredan dan pemeringkatanUjian Rujukan Norma



Tempoh Masa dan Jenis Ujian

Dua jenis ujian - 

: tujuan penilaian
(i) Ujian Rujukan Norma

  • membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid yang lain dalam satu ujian yang sama
  • biasanya meliputi satu bidang pelajaran yang luas dan selalunya untuk penilaian sumatif
  • digunakan untuk mengukur perbezaan pencapaian individu
  • disediakan menggunakan jadual spesifikasi ujian serta merangkumi pelbagai tahap kesukaran untuk mendapatkan diskriminasi maksimum antara calon.


(ii) Ujian Rujukan Kriteria

  • membandingkan pencapaian dengan kriteria yang ditentukan
  • ia lebih tertumpu pada tugas-tugas pembelajaran yang terhad
  • digunakan dalam penilaian formatif iaitu untuk mengukur penguasaan sesuatu kemahiran

:::::::

(a) Ujian pencapaian
  • ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari.
  • dijalankan dalam bentuk membuat perbandingan dgn pelajar lain dlm sesuatu bilih darjah (Rujukan norma) atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dlm topik (rujukan kriteria) sesebuah dlm kurikulum.
  • kebanyakan berteraskan - rujukan norma
  • digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik, attitud, siasah, minat, sikap dan sbgnya.
  • dalam akademik, ia boleh mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dlm pdp di bilik darjah
(b) Ujian Kecerdasan
  • Dikenali Ujian Mental
  • Mengukur perbezaan di antara individu
  • Banyak mengalami perubahan serentak dengan perkembangan bidang psikologi
  • Sejarah bagi ujian ini bermula sejak tahun 1796
  • Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada thn 1969
(c) Ujian Prestasi 
  • Memerlukan pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan kepada memjawab soalan
  • tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan yang diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja
  • tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai "baik"
  • Rumit
(d) Ujian Diagnostik
  • Mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam pdp dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan berlaku.
  • bertujuan untuk menentukan kedudukan murid dlm pelajarannya dan mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan murid dlm pembelajarannya.
  • Ujian tidak memberikan skor/gred kepada murid
  • Ujian ini adalah untuk memperbaiki kelemahan tertentu
  • Ujian ini dapat memberi peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepda murid-murid berkenaan


Jadual Spesifikasi Ujian













BAB 4: ALAT PENTAKSIRAN

ALAT PENTAKSIRAN

1) PEMERHATIAN - REKOD ANEKDOT, PORTFOLIO, SENARAI SEMAK, TEMUDUGA, INVENTORI/SOAL SELIDIK/ TINJAUAN


2) SAMPEL KERJA PELAJAR
3) JURNAL SAINS
4) BUKU NOTA
5) LOG PEMBELAJARAN
6) LAPORAN BERTULIS DAN PENULISAN KREATIF
7) AKTIVITI MAKMAL DAN LEMBARAN KERJA
8) LUKISAN DAN GAMBAR RAJAH BERLABEL
9) PETA KONSEP

10) PROJEK


11) AKTIVITI BILIK DARJAH:PERBINCANGAN, SUMBANGSARAN, TEKNIK PENILAIAN KUMPULAN (KWL), THINK ALOUD, SOALAN TERBUKA, MENGAJAR ATAU MELAPOR


12) UJIAN KERTAS PENSEL- OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF

BAB 3 : ALAT PENTAKSIRAN: PORTFOLIO

- TUJUAN PORTFOLIO
- KELEBIHAN
- KOMPONEN
- MEREKA BENTUK PORTFOLIO UNTUK PELAKSANAAN
- PENGGREDAN PORTFOLIO


BAB 2 BENTUK PENTAKSIRAN DALAM SAINS SEKOLAH RENDAH

FORMATIF : LISAN, PEMERHATIAN, PERLAKUAN 
-SUMATIF  : UJIAN DIAGNOSTIK, UJIAN KERTAS PENSEL
-AUTENTIK : PORTFOLIO, PROJEK


Perbentangan group says : 
Nor Farhana, Saidatul, Wan Nur Farhanah, Kujaimah & Florina 
(PISMP TESL 5 SEMESTER 5) 








Links:
1) Penggunaan Penilaian Formatif sebagai Proses Melengkapkan Gelung: Satu Usaha Penambahbaikan
2) Perbezaan Unit Formatif & Sumatif
3) Perbezaan Ujian Rujukan Norma & Ujian Rujukan Kriteria