TOPIK 7: PEMBINAAN UJIAN OBJEKTIF
DEFINISI SOALAN OBJEKTIF
DEFINISI SOALAN OBJEKTIF
Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.
Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.
“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa”
(Gronland,1977).
DEFINISI ITEM OBJEKTIF
Item objektif merupakan pelajar membuat pilihan jawapan yang betul daripada beraneka pilihan atau memberikan jawapan dalam bentuk perkataan, jawapan pendek dan melengkapkan ayat.
Item Lengkapkan - Item ini adalah dalam bentuk satu ayat dengan perkataan atau rangkai kata tertentu diganti dengan tempat kosong untuk diisi oleh pelajar. Ayat boleh mengandungi satu atau lebih tempat kosong.
Item Betul-Salah - Satu pernyataan diberi dan calon dikehendaki membuat pilihan, iaitu sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernyataan itu. Item ini merupakan sejenis soalan yang paling mudah dibina.
Item Padanan - Item ini memerlukan seseorang calon memilih perkara di ruang kanan dengan perkara di sebelah.
Item Pengkelasan - Item ini hampir sama dengan item padanan. Beberapa pernyataan atau tajuk diberi dan kemudian diberikan beberapa soalan berasaskan pernyataan atau tajuk tersebut. Pelajar dikehendaki memilih perkataan/rangkaian kata/ pernyataan yang paling berkaitan dengannya. Huruf ditulis atau ditandakan di sebelahnya.
Item Objektif Jenis Aneka Pilihan - Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
1. Berbentuk soalan
2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
3. Jenis jawapan terbaik
4. Analogi
5. Antonim
6. Jenis negatif
7. Mengisi tempat kosong
8. Item jenis campuran
9. Teknik kloz
Terbahagi kepada tiga jenis pilihan:
1. Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan.
2. Stam merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.
3. Jawapan pilihan merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.
Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:
1. Arahan mesti jelas dan mudah difahami.
2. Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.
3. Jawapan yang disediakan haruslah logik.
4. Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
5. Aras kesukaran haruslah setara.
6. Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
7. Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
Kelebihan dan kelemahan Item Ujian Objektif
Kelebihan
- Mudah disemak
- Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
- Menguji banyak topik
- Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
- Mengukur proses mental yang tinggi
Kelemahan
- Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
- Potensi untuk meneka jawapan tinggi
- Sukar untuk dibina
- Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
- Calon bijak tidak perlu belajar banyak
- Tidak dapat mengukur keaslian
No comments:
Post a Comment