Sunday, April 27, 2014

PEKA SAINS MODULE TAHUN 6

UPSR

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)





TOPIK 11 ANALISIS SKOR UJIAN

TOPIK 11 ANALISIS SKOR UJIAN

Analisis Skor Ujian : 
(i) Analisis Item
(ii) Indeks Kesukaran
(iii) Jawapan Salah/Distraktor


http://media.eng.ukm.my/jurutera/gred/indeks.pdf

TOPIK 10 PENTADBIRAN UJIAN


TOPIK 10 PENTADBIRAN UJIAN










TOPIK 9 PENSKORAN PENTAKSIRAN

TOPIK 9 PENSKORAN PENTAKSIRAN


PENSKORAN RUBRIK
Petikan dari http://web.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/buku_pbs/buku%20dalam.pdf

Kegunaan :
1) Digunakan untuk menilai penguasaan subjek atau aktiviti yang dilakukan oleh murid
2) Digunakan sebagai panduan untuk menilai sampel yang dibuat oleh pelajar
3) Digunakan untuk menilai aktiviti kumpulan, projek dan juga pembentangan lisan oleh pelajar
4) Kegunaannya bergantung kepada tujuan penilaian bukannya bergantung kepada aras gred/subjek

Kelebihan:
1) Menyokong peperiksaan di mana spesifik kriteria telah dicapai
2) Menyediakan maklumbalas kepada pelajar bagaimana mereka boleh meningkatkan pencapaian mereka

Pengkoran Holistik
Skema permarkahan yang disediakan secara umum sebagai panduan.
Skema ini sesuai bagi permarkahan soalan berbentuk karangan atau esei.
Permarkahan diberi berdasarkan impression.
Pemeriksaan holistik memerlukan pemeriksa atau guru yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan.


Penskoran Analitik
Pemarkahan secara analitik lebih terperinci daripada holistik.
Ia mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus.
Pemarkahan secara analitik lebih objektif berbanding dengan holistik.
Ia mengambil masa yang lama.


TOPIK 8 PEMBINAAN UJIAN SUBJEKTIF

TOPIK 8 PEMBINAAN UJIAN SUBJEKTIF









Kelebihan dan kelemahan Ujian Subjektif
Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:
a) Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit.
b) Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan.
c) Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya. Mereka boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar, mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
d) Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar.
e) Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
f) Berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses mental yang tinggi.
g) Ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslian
h) Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya.
Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan:
a) Nilai potensi diagnostik yang rendah
b) Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu.
c) Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih.
d) Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.
e) Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.
f) Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.

g) Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.

TOPIK 7 PEMBINAAN UJIAN OBJEKTIF

TOPIK 7: PEMBINAAN UJIAN OBJEKTIF

DEFINISI SOALAN OBJEKTIF

Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.
“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa”
(Gronland,1977).
DEFINISI ITEM OBJEKTIF

Item objektif merupakan pelajar membuat pilihan jawapan yang betul daripada beraneka pilihan atau memberikan jawapan dalam bentuk perkataan, jawapan pendek dan melengkapkan ayat.


Item Lengkapkan - Item ini adalah dalam bentuk satu ayat dengan perkataan atau rangkai kata tertentu diganti dengan tempat kosong untuk diisi oleh pelajar. Ayat boleh mengandungi satu atau lebih tempat kosong.

Item Betul-Salah - Satu pernyataan diberi dan calon dikehendaki membuat pilihan, iaitu sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernyataan itu. Item ini merupakan sejenis soalan yang paling mudah dibina. 

Item Padanan - Item ini memerlukan seseorang calon memilih perkara di ruang kanan dengan perkara di sebelah.

Item Pengkelasan - Item ini hampir sama dengan item padanan. Beberapa pernyataan atau tajuk diberi dan kemudian diberikan beberapa soalan berasaskan pernyataan atau tajuk tersebut. Pelajar dikehendaki memilih perkataan/rangkaian kata/ pernyataan yang paling berkaitan dengannya. Huruf ditulis atau ditandakan di sebelahnya.

Item Objektif Jenis Aneka Pilihan Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
1. Berbentuk soalan
2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
3. Jenis jawapan terbaik
4. Analogi
5. Antonim
6. Jenis negatif
7. Mengisi tempat kosong
8. Item jenis campuran
9. Teknik kloz
Terbahagi kepada tiga jenis pilihan:
1. Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan.
2. Stam merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.
3. Jawapan pilihan merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.
Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:
1. Arahan mesti jelas dan mudah difahami.
2. Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.
3. Jawapan yang disediakan haruslah logik.
4. Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
5. Aras kesukaran haruslah setara.
6. Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
7. Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.

Kelebihan dan kelemahan  Item Ujian Objektif

Kelebihan
  1. Mudah disemak
  2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
  3. Menguji banyak topik
  4. Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
  5. Mengukur proses mental yang tinggi
Kelemahan
  1. Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
  2. Potensi untuk meneka jawapan tinggi
  3. Sukar untuk dibina
  4. Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
  5. Calon bijak tidak perlu belajar banyak
  6. Tidak dapat mengukur keaslian

BAB 6 REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN